Tuesday, September 28, 2010

Hari ini dalam sejarah

Aku kena tipu!!!

Nasib baik ada orang menyelamatkan aku dengan memberi info yang berguna. Memang kurang asam boy la kawe tu. Hang datang sini, siap la. Tapi nasib baik la aku baru terjebak lagi. Kalau dah lama, naya la gak. Pandai tul mainkan perasaan orang. Allah SWT akan membalas segala perbuatanmu itu.

Thursday, September 16, 2010

Pemandangan

Kali pertama aku melihat pemandangan itu, aku terus jatuh cinta tetapi sebenarnya itu satu kesilapan besar. Pembohongan utama. Aku mahu berpatah balik tapi aku tidak mampu meneruskannya kerana kejujuran sememangnya pahit untuk di luahkan. Aku cuma manusia biasa namun aku lebih takut kepada Allah SWT. Akan aku teruskan kehidupan ini walaupun seribu halangan yang datang namun aku percaya kasih sayang Allah akan memberi kekuatan kepadaku dalam meneruskan perjalanan ini.

Tuesday, June 22, 2010

Permulaan

Aku tidak pandai bermadah atau menyusun ayat tetapi aku menulis daripada hati dan jiwa yang lurus. Apa yang terlintas, apa yang tersirat, apa yang aku lihat, aku akan coretkan. Tiada jiwa yang serupa dalam warna lukisan dunia.